Thursday, August 30, 2012

Kesan Masalah Social Networking



Assalamualaikum dan sahabat-sahabat semua. Lama juga tidak bersua muka dengan blog kesayangan. Hehehe. Almaklumlah laptop buat hal! So, terpaksalah hantar beliau ke hospital. Apa yang pasti semua kerja-kerja updating blog even assignments, tergendala. Itu memang entiti yang amat mengundang. Walhal dek kerana problem itu juga, saya tidak dapat selalu melontarkan diri kedalam dunia social networking.

Bila bersimpuh dalam dunia social neworking ini, hampir agak lama juga kita akan khayal dalam lamungan khayalan macam dad kena pukau. Am i right? Walaupun x dapat nak mngonlinekan diri dengan lappy, sekarang ni masih lagi dibolehkan kita lompat masuk dengan menggunakan smartphone! Sekarang x payah ckp, rata-rata sudah ada smartphone. Yang paling syoknye makin banyak model smartphone berlumba-lumba macam ikan lumba-lumba mengeluarkan model baru serta lebih canggih dan tak dapat nak tangkap kecanggihan teknologinya.

Eh, panjang jugak isu nih. Berbalik kepada tajuk diskusi utama kita, masalah social networking kita. Masalah ini walau tampak ringan tetapi sudah semakin menular dalam diri remaja. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam kebejatan sebegini? Ibu bapa? Diri? Tidak semua yang bersalah dan harus dipersalahkan. Semua ada tanggungjawab masing-masing.

Contoh yang ketara yang dapat ditangkap oleh mata kita, pengguna social networking ini lebih cenderung bersama alat penghubung contohnya komputernya, laptopnya, smartphonenya. Mereka lebih suka berada seolah-olah berada di dunia tersebut daripada dunia nyata. Hampir setiap hari, setiap jam merenung, ketawa, menangis berdepan dengan alam itu. Apa yang saya cuba sampaikan ialah Tak perlu fikir panjang pun, relationship diorang dengan orang disekeliling kemana letaknya? Even jiran-jiran pun diorang tak kenal? so? tak kenal maka tak cinta.

Kesan kedua pula, mereka tidak dapat nak ekspresikan dengan betul perasaan diorang. Maksudnya, anda semua mungkin pernah menggunaka emoticon dalam mesej, bbm, whatsapp dan sebagainya. Selalunya emoticon itu digunakan untuk mnunjukkan perasaan pengguna. Tetapi adakah ianya digunakan dengan betul mengikut perassan sebenar anda? Itu memang terserlah menunjukkan kebohongan dalam dunia social networking.

Sudah panjang saya berceloteh, dan ingin mengundurkan diri dulu kedunia sebenar. Harap, huraian simple yang saya campakkan membuka minda pembaca semua. Dunia nyata ini lebih baik dari dunia ciptaan manusia. Gunakan ia sebaik mungkin. Jumpa lagi.